Saturday, 5 October 2013


SAHAM???

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, hari ini saya berberbesar hati nak kongsikan serba sedikit tentang saham. Pasti dalam benak fikiran masing-masing mula terfikir pasal nak beli saham kat bursa saham tu kena ada duit banyak la, kena ada duit simpanan dalam bank angka 5 ke 6 kosong kat belakang tu baru layak main saham kan?
Tahu tak untuk mula kecimpung dalam dunia saham syarat-syarat yang terfikir di benak tadi tu tak perlu langsung pun. Ha, terkejut?  Tengok syarat kat bawah ni semoga ada sesuatu yang anda pelajari k.

Syarat utama dalam dunia saham

Apa ye?

Ok syaratnya, selain ilmu mestilah ada akaun untuk transaksi . Penting bagi saudara dan saudari atau siapa sahaja yang ingin mencebur atau berjinak-jinak dengan dunia pelaburan mempunyai akaun transaksi ini atau nama lain CDS iaitu Central Depository System. CDS ini adalah tempat atau akaun, yang bakal menyimpan saham - saham kita.

Dah tahu nama akaun tu tapi tak tahu macam mana nak buat?

baiklah, begini, selalunya kita ada buku akaun simpanan ja kan? itu bermakna ia bank simpanan biasa. Lainnya kali ini saudara dan saudari kena cari bank lain dari simpanan biasa tu..pelik bunyinya kan? baiklah, di pendekkan ceritanya, bank yang kena cari ni mesti ada perkataan trading atau investment contoh  CIMB Investment bank berhad atau  Maybank Investment berhad ke macam tu lah ye. itu contoh yang tawarkan islamik stockbroking servis.

Apa syarat nak buka akaun ni?

Syarat dia saudara saudari kena ada akaun simpanan kat bank tu contoh, kalau nak buka akaun CDS kat CIMB Investment bank berhad, saudara saudari kena ada akaun simpanan CIMB bank biasa dulu ye. Dalam akaun biasa ada RM 10 pun tak pe....Lepas tu buka lah akaun CDS tu cuma RM 10 je siap sekali akaun trading dan CDS dan perlukan kad pengenalan, itu je. Ambil masa 4 hari bekerja baru dapat nombor akaunnya. Huhu, jangan tanya kenapa sebab itu adalah proses umum nak dapat nombor akaun tu jika saudara saudari buka selain area kuala lumpur..kalau buka kat cawangan Kuala lumpur mungkin dapat cepat sikit.

Dah buat akaun, lepas tu?

Setelah daftar dan telah dapat nombor akaun CDS anda tu saudara dan saudari dah boleh mula membeli saham di bursa saham tu.

P/s:   Kepada mereka yang baru pertama kali nak beli saham tu di nasihatkan buat penelitian dulu ikut kemampuan taraf kewangan dan bincang dengan broker anda kerana mereka sedia membantu anda untuk membiasakan diri dengan window saham ni.


Setakat ini dahulu perkongsian saya pasal dunia saham....semoga anda dapat pelajari sesuatu...insyaAllah, .sayaa akan sambung lagi pasal saham di post yang akan datang, k Assalamualaikum... 

No comments:

Post a Comment