CORETAN SEBUAH KEAJAIBAN
Saya adalah salah seorang peserta Intensif Jutawan Industri 2013 di PWTC pada 27-29 Sept 2013.
Nama saya Siti Noor hayati Binti Hashim, berasal dari Seberang Perai
Utara Pulau Pinang. Alhamduliillah syukur kehadrat Ilahi, hari ini saya
adalah pengasas kepada syarikat SNH Food And Frozen Food di Tasek
Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kepakaran saya adalah
membantu ramai orang menyediakan makanan dalam masa 5 minit tanpa perlu
risau tentang personaliti mereka di dapur dengan menggunakan 3 kaedah
yang ringkas, cepat dan mengenyangkan, berkhasiat serta anda semua juga
mampu menjadi chef di rumah anda sendiri.
Dahulu saya bukanlah
seperti saya sekarang. saya pernah melalui masa silam yang amat
menakutkan. Saya sebenarnya pernah alami tekanan emosi tahap tinggi
sehingga hampir hilang pedoman dengan pelbagai dugaan suatu ketika
dahulu boleh juga dikatakan mati hidup semula!. Apakah ceritanya itu,
biarlah ia rahsia yang penting bagaimana saya bangun dari kekecewaan
itu. Tahun demi tahun bulan berganti bulan, melihat kesuraman di wajah
ibu dan ayah saya itu saya mula mencari jalan bagaimana mengubah
kehidupan yang berliku ini kepada kehidupan yang lebih baik. Allah
dengar permohonan saya dan ianya bermula pada suatu hari saya buka
facebook ada sahabat share tentang satu buku bertajuk MUDAHNYA MENJEMPUT
REZEKI yang di karang oleh FATHURI SALEHUDDIN selepas membaca feedback
dari sahabat-sahabat yang telah membeli buku ini, saya sudah mula teruja
untuk memilikinya walaupun tak ada wang yang banyak masa itu. Dapat
sahaja buku ini saya terus mula membaca dengan sungguh tekun sehingga
habis. saya mula rasakan keyakinan sesuatu dan terus peraktikkan
kaedah-kaedah yang ada dalam buku itu. MasyaAllah....Subhanallah.....ia
memang benar dan benar-benar terjadinya keajaiban. Seperti apa yang
mentor Dr. Azizan Osman selalu cakap, "The more you give the more you
get" dan " sentiasa bersyukur" dalam buku itu pun sama lalu saya
praktikkan dan tawakal serta hati betul-betul mahukan perubahan. Saya
hampir tak dapat hadiri SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI yang memerlukan tiga
orang untuk tiket percuma, bayangkan saya pun tak bersedia langsung nak
pergi seminar itu yang selalu di utarakan siaran radio mutiara, akan
tetapi dua hari sebelum seminar, saya tiba-tiba terpacul soalan pada pak
cik saya pasal seminar dan dia pun acuh tak acuh aja. dengan kuasa Allah,
malam itu pakcik telefon nak temankan saya dan mak pergi seminar!
bayangkan perasaan masa itu...masyaAllah...dan, di seminar itu satu lagi
tindakan drastik saya lakukan, isikan terus borang vip booking, guna duit
pak cik rm150. Saya ikut kata mentor "Tak de duit pun daftar ja dulu
nanti duit akan datang kemudian" dan selepas itu saya mula yakin pasti
ada jalan untuk saya ke program intensif ini. Saya terus praktik memberi,
memberi dan memberi serta memberi lagi, tak kira apa jua situasi, dan
akhirnya.... dua hari sebelum pendaftaran iji 2013, keajaiban berlaku duit datang dari sumber yang tak di sangka-sangka dan akhirnya
saya dapat hadiri program itu. Menanggis saya ucap syukur ke hadrat ilahi. Hujan pula turun renyai-renyai seakan rahmat turun pada waktu itu. Berikutan itu juga saya berjaya booking hotel yang dekat, beli
tiket pergi dan balik dengan lancar serta dipertemukan dengan
drebar-drebar teksi yang masyaAllah... berbudi bahasa serta rakan-rakan
yang baik-baik belaka..., tekad saya masa melangkah kaki dari rumah, ingin
belajar dan menyerap semaksima mungkin elmu semasa program. satu lagi
perubahan saya lakukan saya hanya minum dan sedikit makan untuk berjimat
dan tak mahu hilang stamina bak kata mentor, " Tak makan tak apa tapi
jangan tak minum" . Itulah yang saya lakukan.. dan saya boleh lakukannya!
MasyaAllah.... memang badan jadi bertenaga walau tak makan... banyak ilmu yang
saya dapat serap, Alhamdulillah...subhanallah.....Disinilah bermulanya
kisah baru saya bermula dengan terjerit-jerit, melompat dan menari sepuas hati
dan bergambar dengan jutawan yang tak pernah saya berani lakukan sebelum
ini....MasyaAllah...semoga semua sahabat yang berjaya hadiri IJI 2013
ini serta diri saya sendiri dipermudahkan jalan serta berjaya menjadi
figure jutawan industri "ANDA DAN SAYA ADALAH JUTAWAN INDUSTRI!" Allah
makbulkan doa mentor saya....Terima kasih yang tidak terhingga kepada
mentor kesayangan saya DR AZIZAN OSMAN, barisan kru-kru RICHWORKS,
RICHWELL,jutawan-jutawan serta para petugas RELA, semoga ALLAH membalas
dan memakbulkan doa anda sekelian, Amin.
No comments:
Post a Comment