Sunday, 20 October 2013

Saturday, 5 October 2013


SAHAM???

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, hari ini saya berberbesar hati nak kongsikan serba sedikit tentang saham. Pasti dalam benak fikiran masing-masing mula terfikir pasal nak beli saham kat bursa saham tu kena ada duit banyak la, kena ada duit simpanan dalam bank angka 5 ke 6 kosong kat belakang tu baru layak main saham kan?
Tahu tak untuk mula kecimpung dalam dunia saham syarat-syarat yang terfikir di benak tadi tu tak perlu langsung pun. Ha, terkejut?  Tengok syarat kat bawah ni semoga ada sesuatu yang anda pelajari k.

Syarat utama dalam dunia saham

Apa ye?

Ok syaratnya, selain ilmu mestilah ada akaun untuk transaksi . Penting bagi saudara dan saudari atau siapa sahaja yang ingin mencebur atau berjinak-jinak dengan dunia pelaburan mempunyai akaun transaksi ini atau nama lain CDS iaitu Central Depository System. CDS ini adalah tempat atau akaun, yang bakal menyimpan saham - saham kita.

Dah tahu nama akaun tu tapi tak tahu macam mana nak buat?

baiklah, begini, selalunya kita ada buku akaun simpanan ja kan? itu bermakna ia bank simpanan biasa. Lainnya kali ini saudara dan saudari kena cari bank lain dari simpanan biasa tu..pelik bunyinya kan? baiklah, di pendekkan ceritanya, bank yang kena cari ni mesti ada perkataan trading atau investment contoh  CIMB Investment bank berhad atau  Maybank Investment berhad ke macam tu lah ye. itu contoh yang tawarkan islamik stockbroking servis.

Apa syarat nak buka akaun ni?

Syarat dia saudara saudari kena ada akaun simpanan kat bank tu contoh, kalau nak buka akaun CDS kat CIMB Investment bank berhad, saudara saudari kena ada akaun simpanan CIMB bank biasa dulu ye. Dalam akaun biasa ada RM 10 pun tak pe....Lepas tu buka lah akaun CDS tu cuma RM 10 je siap sekali akaun trading dan CDS dan perlukan kad pengenalan, itu je. Ambil masa 4 hari bekerja baru dapat nombor akaunnya. Huhu, jangan tanya kenapa sebab itu adalah proses umum nak dapat nombor akaun tu jika saudara saudari buka selain area kuala lumpur..kalau buka kat cawangan Kuala lumpur mungkin dapat cepat sikit.

Dah buat akaun, lepas tu?

Setelah daftar dan telah dapat nombor akaun CDS anda tu saudara dan saudari dah boleh mula membeli saham di bursa saham tu.

P/s:   Kepada mereka yang baru pertama kali nak beli saham tu di nasihatkan buat penelitian dulu ikut kemampuan taraf kewangan dan bincang dengan broker anda kerana mereka sedia membantu anda untuk membiasakan diri dengan window saham ni.


Setakat ini dahulu perkongsian saya pasal dunia saham....semoga anda dapat pelajari sesuatu...insyaAllah, .sayaa akan sambung lagi pasal saham di post yang akan datang, k Assalamualaikum... 

Wednesday, 2 October 2013

Rahsia Seorang Jutawan Saham

 “Jangan tunggu kekekayaan, anda perlu menuju k earah kekayaan”.
http://www.zamsaham.com/tips3.php
Subhanallah....syukur padaMu ya Allah....
Kau kurniakan rahmat hujan di pagi hari....

Aminn...

“Di dalam hujan, ada lagu yang hanya bisa didengar oleh mereka yg rindu”

http://hermawayne.blogspot.com/2010/09/fakta-tentang-hujan.html

Masak merah ayam tu salah satu kegemaran saya, boleh menyebabkan kematian????

http://my.news.yahoo.com/ayam-dicemari-bakteria-salmonella-punca-keracunan-makanan-134943444.html

Tuesday, 1 October 2013

CORETAN SEBUAH KEAJAIBAN
Saya adalah salah seorang peserta Intensif Jutawan Industri 2013 di PWTC pada 27-29 Sept 2013.

Nama saya Siti Noor hayati Binti Hashim, berasal dari Seberang Perai Utara Pulau Pinang. Alhamduliillah syukur kehadrat Ilahi, hari ini saya adalah pengasas kepada syarikat SNH Food And Frozen Food di Tasek Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kepakaran saya adalah membantu ramai orang menyediakan makanan dalam masa 5 minit tanpa perlu risau tentang personaliti mereka di dapur dengan menggunakan 3 kaedah yang ringkas, cepat dan mengenyangkan, berkhasiat serta anda semua juga mampu menjadi chef di rumah anda sendiri.

Dahulu saya bukanlah seperti saya sekarang. saya pernah melalui masa silam yang amat menakutkan. Saya sebenarnya pernah alami tekanan emosi tahap tinggi sehingga hampir hilang pedoman dengan pelbagai dugaan suatu ketika dahulu boleh juga dikatakan mati hidup semula!. Apakah ceritanya itu, biarlah ia rahsia yang penting bagaimana saya bangun dari kekecewaan itu. Tahun demi tahun bulan berganti bulan, melihat kesuraman di wajah ibu dan ayah saya itu saya mula mencari jalan bagaimana mengubah kehidupan yang berliku ini kepada kehidupan yang lebih baik. Allah dengar permohonan saya dan ianya bermula pada suatu hari saya buka facebook ada sahabat share tentang satu buku bertajuk MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI yang di karang oleh FATHURI SALEHUDDIN selepas membaca feedback dari sahabat-sahabat yang telah membeli buku ini, saya sudah mula teruja untuk memilikinya walaupun tak ada wang yang banyak masa itu. Dapat sahaja buku ini saya terus mula membaca dengan sungguh tekun sehingga habis. saya mula rasakan keyakinan sesuatu dan terus peraktikkan kaedah-kaedah yang ada dalam buku itu. MasyaAllah....Subhanallah.....ia memang benar dan benar-benar terjadinya keajaiban. Seperti apa yang mentor Dr. Azizan Osman selalu cakap, "The more you give the more you get" dan " sentiasa bersyukur" dalam buku itu pun sama lalu saya praktikkan dan tawakal serta hati betul-betul mahukan perubahan. Saya hampir tak dapat hadiri SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI yang memerlukan tiga orang untuk tiket percuma, bayangkan saya pun tak bersedia langsung nak pergi seminar itu yang selalu di utarakan siaran radio mutiara, akan tetapi dua hari sebelum seminar,  saya tiba-tiba terpacul soalan pada pak cik saya pasal seminar dan dia pun acuh tak acuh aja. dengan kuasa Allah,  malam itu pakcik telefon nak temankan saya dan mak pergi seminar! bayangkan perasaan masa itu...masyaAllah...dan, di seminar itu satu lagi tindakan drastik saya lakukan,  isikan terus borang vip booking,  guna duit pak cik rm150. Saya ikut kata mentor "Tak de duit pun daftar ja dulu nanti duit akan datang kemudian" dan selepas itu saya mula yakin pasti ada jalan untuk saya ke program intensif ini. Saya terus praktik memberi, memberi dan memberi serta memberi lagi, tak kira apa jua situasi, dan akhirnya.... dua hari sebelum pendaftaran iji 2013, keajaiban berlaku duit datang dari sumber yang tak di sangka-sangka dan akhirnya  saya dapat hadiri program itu.  Menanggis saya ucap syukur ke hadrat ilahi. Hujan pula turun renyai-renyai seakan rahmat turun pada waktu itu. Berikutan itu juga saya berjaya booking hotel yang dekat, beli tiket pergi dan balik dengan lancar serta dipertemukan dengan drebar-drebar teksi yang masyaAllah...  berbudi bahasa serta rakan-rakan yang baik-baik belaka..., tekad saya masa melangkah kaki dari rumah, ingin belajar dan menyerap semaksima mungkin elmu semasa program. satu lagi perubahan saya lakukan saya hanya minum dan sedikit makan untuk berjimat dan tak mahu hilang stamina bak kata mentor, " Tak makan tak apa tapi jangan tak minum" . Itulah yang saya lakukan.. dan saya boleh lakukannya! MasyaAllah.... memang badan jadi bertenaga walau tak makan... banyak ilmu yang saya dapat serap, Alhamdulillah...subhanallah.....Disinilah bermulanya kisah baru saya bermula dengan terjerit-jerit, melompat dan menari sepuas hati dan bergambar dengan jutawan yang tak pernah saya berani lakukan sebelum ini....MasyaAllah...semoga semua sahabat yang berjaya hadiri IJI 2013 ini serta diri saya sendiri dipermudahkan jalan serta berjaya menjadi figure jutawan industri "ANDA DAN SAYA ADALAH JUTAWAN INDUSTRI!" Allah makbulkan doa mentor saya....Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kesayangan saya DR AZIZAN OSMAN, barisan kru-kru RICHWORKS, RICHWELL,jutawan-jutawan serta para petugas RELA, semoga ALLAH membalas dan memakbulkan doa anda sekelian, Amin.